Sekali Lagi. Nampaknya Lisa Surihani akan bergandingan dengan Shaheizy Sam buat pertama kalinya dalam filem yang bertajuk ‘Sekali Lagi…’. Dan adik Mia Sara yang comel tu pun ada sekali. Wuu memang mantop ar gandingan diorang bertiga. Eh Bront Palarae pun ada. Perghh pelakon pun terbaik ar..
poster gambar sekali lagi lisa surihani shaheizy sam mia sara


Tapi adakah filem ni mampu menarik hati penonton? Aku rasa macam kureng sikit ar. Apa-apa pun jom layan preview filem ‘Sekali Lagi…’ ni dulu. 


Sinopsis Filem Sekali Lagi ;
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.
Tarikh tayangan dijangkakan pada 30 Jun 2011. Kalau rasa nak gi dating tu boleh ar bawak kekasih tu gi tengok filem ‘Sekali Lagi’ ni. Nak bawak family pun boleh je. Kalau nak bawak satu kampung pun boleh pun boleh. Apa? Nak bawak aku? Eh no hal je. Calling-calling ar hihi…

P/s: Korang pun rasa kureng gak ke dengan filem Sekali Lagi ni???